Pengenalan


Geng secondary ni bermula 01.01.2010.. mulanya hanya ada 6 orang ahli sahaja.. n then ditambah lagi seorang pada bulan 4… tapi dalam bulan 6 kami kehilangan seorang ahli yang rajin dan berpengalaman tapi bermasalah pulak kerana beliau mempencenan dirinya oleh majikan kami…tak dapat la kami nak menolongnyer.. so tinggal berenam kembali mengharungi suka duka tahun 2010.. memang job kami satu cabaran yang sangat memenatkan mental dan fizikal… bergelut dengan kesihatan diri yang semakin merosot akibat kerap bergelumang dengan habuk yang sangat tebal… salah seorang daripada kami telah menghidapi batuk yang tidak berhenti-henti selama berbulan lamenyer… akhirnya beliau telah diagnosis kan mempunyai penyakit lelah kronik… alhamdulillah sahabat ini telah mendapat pekerjaan lain yang lebih menjamin masa depan beliau… tahniah bro… maka dengan pengunduran beliau kami tinggal hanya berlima sahaja… tapi kerja-kerja berisiko tinggi ni tetap kami jalankan demi rakyat tercinta..ahahha..macam ahli politik dah ni berkempen di kampong-kampung.. hahahaha…..
Tahun 2011 menjelma dan kami telah menerima seorang ahli baru yang paling muda dikalangan ahli kami… dan bermacam-macam projek dan perancangan perlu dilakukan bagi membantu teman-teman seperjuangan di unit-unit primary.. satu persatu projek dijalankan tanpa banyak rungutan dari ahli-ahli… banyak jugak la dan kerap jugak nasi ayam berempah tak pun KFC sampai ke tempat kami (opis) sebagai tanda terima kasih dari rakan-rakan seperjuangan kerana membantu mereka menjalankan kerja-kerja pemunggahan di tempat mereka.. terima kasih banyak-banyak… orang berbudi kita berbahasa.. walaupun kadang-kadang ahli kami ni bahasa dia kasar tapi dalam hati diorang memang ikhlas membantu setakat mana yang diorang mampu.. tapi yang tak bestnyer tiba pada APRIL FOOL… ahli baru yang masuk tahun ni terpaksa dikeluarkan dari geng ni sebab tamat kontrak secara tiba-tiba.. terkejut kami semua weiii.. yela baru je 3 bulan ngan kami dah terpaksa berundur diri.. takpe la kawan mungkin bukan rezeki dia lama kt sini… Tanggal 1 Julai 2011, hehehehe… masuk sorang lagi ahli baru menjadikan geng ni kembali bertenaga dan bersemangat dan mungkin salah sorang dari bekas ahli lama akan kembali menjoinkan dirinya ke dalam geng secondary ni sekali lagi…
Akhir kata dari ahli ini, semoga apa yang dilakukan dan dikerja oleh geng ini dapat meringankan beban-beban kengkawan yang bertungkus lumus di kawasan primary.. semoga geng yang dah macam adik-beradik (family) ini akan terus dikekalkan untuk menjayakan wawasan majikan dan juga diri sendiri…bye

Komen-komen
  1. mohd. ramdan berkata:

    sinopsis yang agak menyentuh perasaan..sedih beb..!! papepun all the bessttt to ualls..smoga ualls appey owez..tima kasih daun keladi,,smoga kita jmpa lagi.. 😦

Tinggalkan komen